Cara Membayar Fidyah Dan Kiraan Kadar Fidyah

Berpuasa dibulan Ramadhan merupakan antara salah satu daripada 5 rukun islam yang wajib dipatuhi oleh seluruh umat islam. Menunaikan puasa juga sesuatu ibadah yang mana dapat membentuk diri seorang muslim itu supaya hendak menjadi seorang yang lebih sabar serta meningkatkan ketaqwaan terhadap Allah SWT. Meninggalkan ibadah puasa dengan sengaja adalah dilarang sama sekali dalam islam.
cara bayar fidyah dan kiraan ffidyah



Lalu bagaimana jika anda sudah bertaubat dan menyesal akan perbuatan meninggalkan ibadah puasa itu ? Puasa yang ditinggalkan itu haruslah diganti atau dibayar dengan fidyah. Fidyah ialah merupakan bentuk makanan asas bagi bagi sesuatu negara. Contohnya Malaysia makanan asasnya ialah beras, manakala bagi negara-negara lain ada yang berbentuk roti, gandum dan sebagainya.

“(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu, maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain, dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa).”
(al-Baqarah: 184)

Ayat Al-Quran diatas menerangkan tentang kewajipan mengganti puasa bagi umat islam meninggalkan dengan sengaja atau tidak sengaja.

Golongan Yang Wajib Membayar Fidyah

  • Orang yang lambat menggantikan puasa sehingga melangkah ketahun yang berikutnya.
  • Orang yang uzur atau sakit yang menyebabkan beliau tidak boleh menjalankan ibadah puasa
  • Wanita hamil yang bimbang akan keselamatan anak dalam kandungan, Jika tidak menggantikan puasa maka wanita itu boleh dikenakan membayar fidyah.
  • Wanita yang menyusukan anak hingga menyebabkan wanita itu bimbang akan kemudharatan seperti kekurangan air susu yang mana boleh menjejaskan kesihatan bayinya. Jika wanita itu tidak menggantikan puasa hingga ramadhan tiba maka wanita itu haruslah membayar fidyah
  • Orang yang telah meninggal dunia. Fidyah juga dikenakan bagi orang yang telah meninggal dunia yang meninggalkan puasa. Hal pembayaran fidyah bagi orang yang telah meninggal dunia hendaklah diuruskan oleh warisnya jika bilangan hari tidak berpuasa diketahui oleh ahli keluarga beliau.

Cara Membayar Fidyah

Anda boleh membuat pembayaran fidyah melalui agensi yang telah dilandik oleh pusat zakat di negeri masing-masing, Seperti:
  1. Majlis Agama Negeri masing-masing
  2. Pusat Zakat
  3. e-zakat ( Boleh klik pautan ini untuk maklumat lanjut ): https://fpx.zakatselangor.com.my/: 

Kadar Kiraan Fidyah Dan Cara Pembayaran Fidyah


Kadar Fidyah Bilangan Hari Tidak Puasa X Bilangan Tahun


Kadar Fidyah boleh berubah mengikut negeri masing-masing. Ini kerana pengiraan kadar fidyah ialah berdasarkan harga beras iaitu makanan asasi. Manakala nilai fidyah bagi satu hari tidak berpuasa boleh dikira berdasarkan nilai zakat yang ditetapkan ( mengikut negeri )

Sebagai contoh, Zakat Fitrah yang dikenakan ialah bersamaan 1 gantang baghdad iaitu 2.7kg.

Kadar Fidyah pula ialah ¼ daripada kadar zakat fitrah pada tahun tersebut

Bermakna, kadar fidyah bagi satu hari tidak berpuasa yang dikenakan ialah  675 gram makanan asasi.

Jika pada tahun tersebut zakat fitrah yang dikenakan  pada tahun tersebut ialah rm7.00 maka kadar fidyah sehari tidak berpuasa ialah RM1.75 atau RM1.80 iaitu ( ¼ X RM7.00 )


Contoh Lainnya:

Puan siti tidak mampu berpuasa selama 10 hari pada bulan ramadhan kerana mengalami alahan teruk semasa mengandungkan bayinya. Bayinya dalam keadaan sihat tetapi kesihatan beliau agak terganggu. Selepas 3 tahun barulah Puan Siti dapat menggantikan puasa tersebut.

Bilangan hari tidak berpuasa X (Tahun Gandaan) X Kadar Fidyah

10 hari X ( 3 Tahun - 1 Tahun ) X RM1.80 = RM36.00


Bagi mereka yang sihat tubuh badan tidak uzur untuk menggantikan ibadah puasa hendaklah membayar fidyah dan menggantikan puasa yang tertinggal sekali gus. 

Itu sahaja perkongsian pada kali ini semoga ianya dapat membantu anda

0 Response to "Cara Membayar Fidyah Dan Kiraan Kadar Fidyah"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel