Cara Untuk Lebatkan Semula Rambut Yang Telah Gugur

Adakah anda mempunyai masalah keguguran rambut? Kadang-kadang masalah ini sering membuatkan kita merasa tekanan. Apa tidaknya sekali sikat, rambut pun banyak yang gugur dan sangkut disikat tersebut. Stress!!

Sebenarnya, banyak faktor yang menjadi punca masalah rambut gugur ni kadang-kadang ianya juga boleh menjadi petanda awal bagi sesuatu penyakit ( ini yang bahaya ). Selain itu juga, penggunaan syampoo yang tidak diketahui isi kandungan didalamnya boleh menjadi punca kenapa rambut kita selalu gugur.

cara lebatkan rambut


Kadang-kadang terdapat segelintir pihak yang tamak dengan duit dengan membuat produk tiruan dan dipasarkan ke pasaran tempatan. Memanglah ianya berkesan dalam tempoh yang singkat tetapi bahan kimia yang dicampurkan melebihi paras yang ditetapkan boleh merosakkan kecantikkan rambut anda. So, lepas ni kita hendaklah berhati-hati dalam pemilihan syampoo rambut.

Berbalik kepada topik utama tentang cara semula jadi untuk melebatkan rambut anda dengan ini saya akan berkongsikan beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk melebatkan rambut anda.

Cara-Cara Untuk Melebatkan Rambut


1) Sapukan Rambut Dengan Minyak Zaitun

Memang terbukti minyak zaitun ini mempunyai banyak manfaat untuk kita bukan sahaja baik untuk diaplikasikan kepada makanan tetapi ianya juga baik untuk digunakan dalam penjagaan rambut anda. Minyak zaitun ini juga kaya dengan khasiat vitamin E, Vitamin K dan lemak asam yang mana amat bermanfaat untuk rambut anda. 


2) Jaga Pemakanan Anda!

Keguguran rambut kadang-kadang boleh dipengaruhi oleh cara pemakanan kita. Adakah kita seringkali memakan makanan yang kurang berkhasiat? Elakkan memakan makanan yang tidak mempunyai sumber khasiat yang tinggi. 

Sebaliknya, amalkan makan makan yang tinggi khasiat seperti makanan yang tinggi dengan khasiat vitamin C, Vitamin A dan makanan sayuran yang tinggi dengan sumber besi.


3) Kurangkan Tekanan Emosi

Tekanan emosi juga boleh menyebabkan rambut anda gugur secara perlahan-lahan tanpa anda sedari. Jika anda didalam situasi yang tertekan sebalik anda haruslah berfikir secara positif untuk mengurangkan tekanan anda. Tekanan emosi juga mampu melemahkan badan kita daripada bekerja seperti biasa jadi tidak hairanlah jika rambut anda selalu gugur akibat tekanan emosi yang tidak terurus

petua lebatkan rambut



4) Dapatkan Rehat Yang Secukupnya

Rehat amat diperlukan oleh badan kita. Jika anda seorang yang selalu bekerja keras anda haruslah pandai mengatur masa rehat anda. Ini kerana jika badan kita tidak dapat rehat yang secukupnya, badan kita juga akan memberontak. Jadi, berehatlah secukupnya untuk kesihatan rambut anda juga!


5) Kelembapan Rambut Perlu Dijaga

Jika anda seseorang yang selalu membiarkan rambut anda kering dalam jangka masa yang panjang, anda haruslah ubah sikap ini kerana kelembapan rambut dapat menyegarkan  kulit kepala anda dan ini adalah baik untuk kulit kepala anda. Memiliki kulit kepala yang sihat juga memiliki rambut yang sihat.


Dengan beberapa cara untuk melebatkan rambut yang telah gugur diatas yang saya kongsikan semoga bermanfaat. Jika anda mempunyai masalah keguguran rambut yang serius, anda saya nasihati supaya berjumpa dengan pakar perubatan yang berdaftar untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

1 Response to "Cara Untuk Lebatkan Semula Rambut Yang Telah Gugur"

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel