5 Petua Dan Cara Halau Lalat Yang Berkesan

Lalat ialah merupakan serangga yang boleh terbang kesana-kesini tidak kira tempat itu bersih atau kotor tetapi yang pasti serangga ini amat suka dengan tempat-tempat yang kotor persekitaranya seperti tempat pembuangan sampah, longkong-longkang, tandas, bangkai dan sebagainya. Ini kerana tempat-tempat kotor tersebut merupakan menjadi syurga makanan dan habitat mereka untuk meneruskan hidup.

cara halau lalat berkesan

Kenapa Perlu Halau Lalat?


Saya yakin bahawa semua orang tidak sukakan lalat selain boleh mengganggu konsentrasi kita terhadap sesuatu, lalat ini juga mampu membawa penyakit berjangkit seperti keracunan makanan, penyakit kolera disentri dan macam-macam lagi.

Lalat mampu bertelur anggaran lingkungan 70-150 telur dalam satu-satu masa. Bayangkan jika dalam kitaran hidup seekor lalat tersebut mampu bertelur dalam 2000 telur, itu baru seekor lalat. Jadi adalah perlu bagi kita untuk menghalau lalat dari persekitaran kita memandangkan ianya mampu memberikan kita impak negatif seperti penyakit berjangkit yang sudah disebut diatas.



Cara-Cara Halau Lalat

Terdapat dua cara yang anda boleh lakukan untuk halau lalat iaitu dengan kaedah kimia dan tradisional

Kaedah Kimia
  • Antara kaedah kimia yang anda boleh gunakan ialah dengan menyembur racun serangga ke tempat yang dipenuhi lalat. Contoh bahan yang popular digunakan ialah semburan aerosol.
  • Membuat laporan kepada pihak berkuasa tempatan tentang kehadiran lalat yang banyak disekitar anda. Mereka akan menggunakan kaedah semburan kabus untuk mematikan lalat tersebut sama seperti kaedah mengawal nyamuk.

Cara diatas merupakan cara kimia yang boleh dilakukan untuk halau lalat disekitar anda. Tetapi, terdapat juga cara halau lalat ini dengan menggunakan cara tradisional tanpa sebarang bahan kimia serta selamat digunakan.

cara nak halau lalat


Cara Tradisional Untuk Halau Lalat

1) Menggunakan Timun
  • Ini kerana lalat amat tidak menyukai timun jadi kaedahnya ialah meletakkan hirisan timun ditempat-tempat lalat selalu ada seperti tong sampah, dapur, meja makan dan tempat-tempat yang yang banyak lalat.
2) Menggunakan Kayu Manis
  • Bau yang dikeluarkan oleh kayu cengkih ini membuatkan lalat tidak senang dan seterusnya membuatkan lalat itu terbang lari dari rumah anda. Cara halau lalat tersebut ialah dengan menumbuk halus kayu cenggih dan letakkan kedalam perca kain ( lebih kurang sup bunjut ) simpan ditempat yang banyak lalat di dalam rumah.
3) Menggunakan Lilin
  • Jika anda hidangkan makanan diatas meja kadang-kadang lalat yang tidak tahu dari mana datangnya pun hinggap ke makanan yang anda hidangkan. Jadi untuk halau lalat ini bakar lilin tersebut letakkan ia berhampiran dengan makanan anda.
4) Menggunakan Pita Pelekat Serangga Untuk Halau Lalat
  • Halau lalat aka mematikan lalat dengan menggunakan cara ini. Pita ini anda boleh dapati dimana-mana kedai hardware ka pasar atau kedai online pun ada. Lalat yang hinggap di pita pelekat tersebut akan melekat dan tidak dapat terbang semula. Cata ini dapat membantu anda dalam mengurangkan lalat yang banyak ditempat anda.
5) Gunakan Daun Serai
  • Cara alternatif yang lain untuk halau lalat, anda boleh gunakan serai ianya berfungsi sama seperti kayu cengkih yang disebutkan diatas iaitu lalat tidak menyukai baunya. Menanam serai ini disekitar rumah anda ataupun meletakkan daun serai ini di tempat-tempat yang banyak lalat. In Sha Allah, Lalat berjaya di halau.

Baca Juga: Cara Lebatkan Rambut Yang Gugur

Secara keseluruhan memang lalat dibenci oleh semua orang. Ada banyak sebenarnya cara lain yang boleh anda gunakan tetapi cara ini memang berkesan yang anda boleh lakukan. Dengan penerangan diatas iaitu Petua Dan Cara Halau Lalat Yang Berkesan dapat memberikan anda manfaat. Jangan lupa untuk kongsikan ye.

1 Response to "5 Petua Dan Cara Halau Lalat Yang Berkesan"

  1. Dekat rumah sy pun byk lalat.. ada kecik / besar.. memang rasa rimas bila lalat ni ada. Mengangggu..

    ReplyDelete

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel