15 Fakta Dan Biodata Tentang Khabib Nurmagomedov Juara UFC

Tahniah diucapkan kepada Habib Nurmagomedov kerana memenangi pertarungan UFC menentang Connor Mcgregor yang terkenal dengan mulut yang lancang dan provokasi. Pertarungan antara Habib Nurmagomedov dan Connor Mcgregor juga antara pertarungan besar pernah diadakan oleh pihak UFC kerana sebelum perlawanan ini banyak kontroversi-kontroversi yang terjadi disebabkan oleh Connor MCgregor itu sendiri.

biodata Khabib Nurmagomedov
Sumber: Facebook


Kemenangan milik Habib Nurmagomedov yang bertungkus lumus menewaskan Connor Mcgregor dengan melakukan kuncian pada leher Connor Mcgregor dan akhirnya Mcgregor menyerah kalah. Dan seterusnya menjadikan Habib Nurmagomedov seorang petarung UFC yang tidak pernah kalah. Fuh Hebat!

Jom baca tentang Fakta Dan Biodata Khabib Nurmagomedov...


Fakta Dan Biodata Habib Nurmagomedov Yang Perlu Anda Ketahui


1) Khabib Nurmagomedov berumur 30 tahun dan berwarganegara Russia dari etnik Dagestan yang tinggal di Makachkala iaitu ibu negeri bagi Kota Dagestan.

2) Tinggal dikota yang berhati pejuang yang mana rata-rata penduduknya membudayakan seni bela diri dalam kehidupan

3) Beliau memulakan perjalanan sebagai ahli gusti ini dengan mempelajari Sambo iaitu seni bela diri tradisional bagi masyarakat setempat mereka sejak beliau berumur sepuluh tahun ;lagi dan Khabib dilatih oleh ayahnya sendiri

4) Memulakan karier profesional sebagai petarung ketika berumur 19 tahun lagi. Amat muda bagi seorang petarung memulakan karier profesionalnya pada umur tersebut.

5) Dilatih Oleh Ayahnya sendiri iaitu Abdul Manap Nurmagomedov dalam latihan seni bela diri

6) Khabib Nurmagomedov seorang yang amat terkenal dibumi Rusia kerana beliau pernah berkata bahawa 150 juta warga Rusia menyokongnya sementara Conor hanya 6juta penyokong di Ireland.

7) Khabib Nurmagomedov juga merupakan juara dunia bagi sagi seni bela diri Sambo pada tahun 2009 & 2010

8) Khabib Nurmagomedov juga merupakan orang Rusia yang pertama menjuarai UFC kelas ringan ketika ini.

9) Beliau juga merupakan satu-satunya  petarung UFC yang tidak pernah dikalahkan sebelum ini walaupun jarang melawan petarung yang lebih terkenal darinya.

10) Khabib Nurmagomedov juga pernah mengalami kecederaan yang serius pada lututnya  memaksa Khabib Nurmagomedov untuk berehat di pentas UFC selama 2 tahun.

11) Merupakan seorang yang pantang mendengar ketika agamanya dihina. 

12) Beliau merupakan seorang yang amat rendah diri kerana pernah mengatakan kejayaan dirinya sekarang adalah hasil daripada Allah.

13) Merupakan seorang Muslim yang kuat iman, kerana pernah diajak oleh Connor untuk meminum arak tetapi menolaknya dengan cara baik walaupun selepas itu Connor menghinanya sebagai seorang yang mundur.

14) Ketika ini rata-rata petarung bersikap liar, Khabib Nurmagomedov memilih untuk menjadi Role Model yang baik kepada petarung genarasi baru, Sangat positive sikapnya kan.

15) Jika dilihat telinga kanan Khabib ada sedikit tercobek, tidak lain lagi itu tandanya beliau merupakan seorang yang kaki gusti dan berhati kering.

biodata Khabib Nurmagomedov
Sumber: Facebook



Latar belakang Khabib juga tidak kurang hebatnya dengan membaca fakta dan biodata Khabib Nurmagomedov  diatas  semoga dapat menjadi contoh kepada kita supaya untuk bersikap positif dalam bersukan. Tahniah diucapkan kepada Khabib Nurmagomedov!

0 Response to "15 Fakta Dan Biodata Tentang Khabib Nurmagomedov Juara UFC"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel