10 Cara Nak Tahu Lelaki Suka Kita Dalam Diam

Ada pepatah mengatakan bahawa "Cinta Itu Buta". Jatuh cinta antara perempuan dan lelaki adalah lumrah alam didunia ini  tidak mengenal umur, paras rupa dan darjat. Kadang-kadang kita pernah perasan bahawa seseorang itu menyukai diri kita. Tapi apakah betul dia menyukai diri kita?

Cara Nak Tahu Lelaki Suka Kita Dalam Diam


Jadi topik kita pada kali ini ialah bagaimana cara nak tahu lelaki suka kita dalam diam? Untuk mengetahui lelaki suka kita dalam diam mudah sebenarnya. Ada lelaki yang berani ungkapkan perasaan dia kepada anda dan ada juga yang tidak, mungkin dia tidak berani ungkapkan bahawa dia suka kepada anda kerana takut ditolak oleh anda.

Jadi apa yang perlu dibuat untuk mengetahui lelaki suka kita dalam diam? Jom layan.. mungkin ada persamaan dengan apa yang anda rasakan..


Cara-Cara Nak Tahu Lelaki Suka Kita Dalam Diam


1) Selalu Perhatikan Anda Dari Jauh
  • Sebagai seorang manusia yang normal, perkara ini adalah biasa dilakukan, kerana semua orang mesti akan memandang benda yang dia suka. So, tidak hairanlah kalau lelaki itu asyik tenung anda dari jauh. Kadang-kadang bila anda perasan yang si dia memandang anda, matanya akan secara automatik memandang tempat lain. kikiki!


2) Bersikap Kasar Bila Berhadapan
  • Sebenarnya si "dia" tu pun bukannya kasar sorangnya tetapi dia saja nak sembunyikan perasaan  suka dia kepada anda. Ini kerana lelaki itu masih malu dengan anda untuk berlembut dan takut anda perasan tentang perasaan dia tu.


3) Selalu Berada Dimana Ada Kamu
  • Lelaki itu akan sentiasa mengekori anda kemana anda pergi contohnya seperti kampus atau sekolah tidak kira ke cafe, library atau dimana-mana. Ini kerana dia ingin melihat anda sepanjang harinya. Kecuali jika anda ke tandas itu dah lain macam dah. haha!

Cara Nak Tahu Lelaki Suka Kita



4) Melakukan Cara Apa Sekali Pun Supaya Dapat Berhubung Dengan Anda
  • Jika lelaki itu suka kepada anda dia akan meminta nombor telefon anda dengan rakan-rakan anda kerana dia tidak berani lagi berdepan dengan anda untuk meminta nombor telefon.
  • Bila dia sudah mendapat nombor telefon anda, dia akan selalu menghubungi anda, bertanya khabar kerana ini adalah permulaan baginya. 


5) Lelaki Itu Bertanyakan Tentang Anda Dengan Rakan Anda
  • Ini kerana sebelum lelaki itu mengenali lebih dekat tentang diri anda, Beliau akan bertanyakan serba sedikit tentang diri anda dengan rakan anda. Kerana penerangan dari rakan anda dapat menggambarkan diri anda secara ringkas kepadanya.


6) Lelaki Itu Akan Bersikap Panik Apabila Berdepan.
  • Memang tidak dapat dinafikan lagi perempuan adalah titik kelemahan lekaki. Cewahh Apabila anda berdepan dengan lelaki tersebut beliau akan tiba-tiba membuat perkara-perkara bodoh dan memalukan diri sendiri bila bertembung muka. Ini kerana lelaki itu panik!


7) Lelaki Itu Bersikap Tidak Tenang Jika Anda Rapat Dengan Lelaki Lain
  • Pendek kata lelaki itu cemburulah, Ini adalah perkara normal jika ada lelaki suka kita dalam diam, beliau akan merasa cemburu dan jika lelaki itu berana mungkin dia akan bertanyakan kepada anda tentang lelaki yang anda rapat itu.


8) Meniru Anda Tentang Apa Yang Anda Sukakan
  • Lelaki itu akan meniru apa kesukaan anda walaupun sebelum ini beliau tidak sukakanya, ini adalah permulaan baginya untuk memahami diri anda sebelum pergi ke peringkat seterusnya. Contoh yang dia tiru ialah makanan, minuman, lagu kegemaran dan macam-macam lagi.


9) Selalu Memuji Anda
  • Dia akan selalu memuji anda lain daripada yang lain kerana ini adalah cara untuk memikat diri anda dengan membuatkan anda senang jika bergaul dengannya.


10) Perhatikan Rakan Lelaki Itu
  • Jika anda lalu dedepan lelaki itu dan rakannya mengusiknya dia dia bersifat malu-malu, memang sah ada yang tidak kena disitu. Berkemungkinan lelaki itu sukakan anda. Jadi untuk pastikan lagi cuba lalu dihadapan mereka lagi. :p


Jadi macam mana setelah baca artikel ini? Adakah 10 cara nak tahu lelaki suka kita dalam diam mengena dengan tingkah laku lelaki tersebut? Semoga ianya bermanfaat dan dapat membantu anda.  Jangan lupa untuk Kongsikan pengalaman anda diruangan komen. Sekian terima kasih.

1 Response to "10 Cara Nak Tahu Lelaki Suka Kita Dalam Diam"

  1. Kadang2 nak tau lelaki suka kat perempuan nie senang jer.. tgk jer kesungguhan dy dpatkan perempuan tu. Hehe

    ReplyDelete

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel