Cara Mudah Nak Menghafal Apa Yang Di Ajarkan

Banyak perkara yang telah kita pelajari ketika berada dibangku sekolah dari antaranya ialah membaca, menulis dan menghafal. Kita diajar untuk berlatih menghafal ketika di tadika lagi iaitu menghafal abjad ABC hingga ke Z, menghafal lagu kanak-kanak dan banyak lagi.

Sesetengah orang berkata jika anda ingin menjadi seorang yang pintar maka anda haruslah menghafal. Sebagai contoh, jika anda sedang menduduki peperiksaan disekolah atau Universiti dengan senangnya anda menjawab soalan yang diberikan kerana minda anda masih segar dan ingat apa yang telah diajarkan oleh pengajar.

Cara Mudah Nak Menghafal Apa Yang Di Ajarkan


Untuk menguasai teknik menghafal ini bukanlah sesuatu yang mudah sebaliknya ia memerlukan uasaha yang gigih dan berterusan. Selain itu juga terdapat juga sebilangan kecil yang boleh di kategorikan "Gifted" iaitu mampu menghafal dengan hanya sekali pandang. Anda ada rakan seperti itu?

Beberapa cara umum yang saya kongsikan dibawah untuk mudah menghafal apa yang diajar oleh pengajar



Cara Mudah Nak Menghafal Apa Yang Diajari


1) Menjaga Kesihatan Diri 

Menjaga kesihatan diri adalah perkara penting untuk anda kerana jika anda jatuh sakit secara automatiknya minda anda juga akan lemah tidak boleh bekerja dengan maksimum ketika anda melakukan aktiviti penghafalan. Rehatkan diri anda secekupnya kerana proses penghafalan ini memerlukan sedikit kerja yang kuat untuk otak anda!

Mengambil waktu tidur sesuai dengan masa anda.

2) Motivasikan Diri Anda

Menghafal perlu motivasi diri sendiri. kena selalu berbisik dalam hati bahawa anda mampu untuk melakukanya. Ini akan membuatkan kita memaksa diri untuk keluar dari kemampuan asal dan pergi untuk lebih jauh dari sebelumnya,.

3) Tulis Poin-Poin Penting Ketika Belajar

Jika anda sedang belajar dikelas ataupun sedang mengulang kaji pelajaran tuliskan perkara-perkara penting tentang sesuatu topik yang diajar oleh pengajar anda. Anda haruslah lebih cekap dan dapat membezakan poin penting dan huraian. Poin penting ini jugalah menjadi kunci tentang apa yang hendak kamu hafalkan.

Menulis poin penting ketika anda sedang belajar mampu menjadikan otak anda lebih tajam dan mampu membuatkan anda lebih mudah untuk memahami apa yang telah diajar. Ini adalah baik untuk anda menghafal.

4) Baca Kembali Poin-Poin Penting Yang Telah Anda Tulis

Jika anda seorang yang menulis namun tidak membaca kembali apakah poin penting yang anda tuliskan berkemungkinan anda tidak dapat menghafal apa yang diajari oleh pengajar. Anda haruslah membaca kembali poin penting yang anda tuliskan supaya memudahkan anda dalam proses penghafalan.

Baca sehingga anda rasa lancar dengan sebutan sehingga sempurna kemudian tutup poin penting yang kamu tuliskan ketika belajar dan cuba berlatih untuk mengingat aoakah yang anda baca sebentar tadi.

Cara Mudah Nak Menghafal

5) Kerapkan Study Group Dengan Rakan Anda

Belajar secara berkelompok dengan rakan mampu membuatkan otak anda mengingat kembali tentang apa yang telah diajarkan di kelas. Ini kerana secara tidak langsung akan membuatkan otak anda menerima maklumat dari pelbagai sumber iaitu rakan anda sendiri.

Study group juga mampu mengasah otak anda untuk berfikir secara sihat menguasai apa yang telah kamu belajar dengan mudah. Ambil peluang ini untuk menyuruh rakan anda bertanya tentang topik-topik yang telah kamu belajar seperti meminta untuk mengeluarkan soalan kepada kamu, membuat kuiz dan banyak lagi.

6) Berlatih Menghafal Di Tempat Yang Sunyi

Berlatih menghafal ditempat yang sunyi juga mampu membuatkan otak anda untuk fokus dengan satu perkara sahaja kerana jika ditempat yang bising otak anda akan berasa stress dan tidak mampu untuk mengambil perhatian secukupnya. 

Sebab itulah ramai pelajar-pelajar yang genius belajar ketika semua orang tidur kerana waktu tersebut adalah sunyi dan sesuai untuk aktiviti penghafalan.


Dengan cara-cara nudah nak menghafal apa yang di ajarkan oleh pengajar semoga dapat membantu anda dalam proses penghafalan. Ini adalah cara yang selalu orang ramai guna pakai dan membuatkan kita mudah untuk menghafal. semoga bermanfaat.






0 Response to "Cara Mudah Nak Menghafal Apa Yang Di Ajarkan"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel