Cara Menunaikan Solat Hajat Yang Ringkas Dan Mudah

Bagi yang Muslim, Apabila kita berada didalam keadaan sukar atau mengalami masalah sudah tentu kita akan meminta pertolongan dari Allah untuk membantu kita menghadapinya. Dalam Islam, kita boleh memohon hajat kita kepada Allah SWT dengan menunaikan Solat Sunat Hajat.

Dengan Solat Sunat Hajat ini, Kita boleh memohon perlindungan atau memohon dihindarkan diri daripada perkara yang tidak diingini. Rasulullah SAW pernah bersabda " Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT, Maka hendaklah ia berwudhuk dengan sebaik-baiknya , Kemudian dia bersolat dua rakaat" - Riwayat At-Tarmizi

Antara sebab-sebab solat hajat ditunaikan ialah supaya mendekatkan diri kita kepada  Allah SWT. Menjadi seseorang yang ikhlas dan redha dengan ketentuan Allah dan yang paling penting ialah mengakui kelemahan diri kerana Allah adalah tempat untuk kita memohon permintaan dan hajat.


cara solat hajat


Cara Menunaikan Solat Hajat


Sebelum kita menunaikan Solat hajat ini sebaiknya kita persiapkan diri kita terlebih dahulu iaitu mandi sebelum menunaikan solat hajat, memakai pakaian yang bersih dan putih ( palimg afdal )
Sesudah persiapkan diri ikuti langkah-langkah dibawah iaitu cara menunaikan solat hajat

1) Baca Niat Solat Hajat
niat solat sunat hajat

2) Rakaat pertama hendaklah membaca doa Iftitah, Surah Al-fatihah dan Ayat Al-Kursi

doa iftitah
Doa Iftitah

surah al fatihah
Surah Al-fatihah
ayatul kursi
Ayat Al-Kursi



3) Apa bila masuk ke rakaat yang kedua, Setelah membaca surah Al-Fatihah kemudian baca surah Al-Ikhlas * Boleh baca sekali atau 11x )
surah al-ikhlas
Surah Al-Ikhlas


3) Setelah selesai takhiyyat akhir, beri salam dan jangan lupa untuk terus sujud dan membaca tasbih ini sebanyak 41 kali ye

tasbih"
la ila ha illallah subhanaka inni kuntu minaz zolimin"


4) Baca Doa Khusus Solat Sunat Hajat setelah anda selesai membaca tasbih diatas. Doanya ada tertera dibawah ini

Doa Solat Hajat

5) Jangan lupa untuk selitkan doa yang anda hajati selepas membaca doa diatas.


Semoga dengan cara menunaikan solat hajat ini dapat membantu anda melaksanakanya. Sama-sama kita beramal dan diharapkan semua amalan kita diterima Allah SWT.



0 Response to "Cara Menunaikan Solat Hajat Yang Ringkas Dan Mudah"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel