Gempa Bumi Dan Tsunami Di Sulawesi, Indonesia



Innalillahi wa inna ilaihi rojiun itulah yang ungkapan diucapkan kepada mangsa gempa bumi dan tsunami yang melanda wilayah Sulawesi, Indonesia baru-baru ini. Kejadian gempa bumi dengan ukuran gegaran 7.5 skala richter itu berlaku pada 28 September 2018 pada hari jumaat.

gempa bumi sulawesi indonesia
Sumber: Facebook

Sudah semestinya banyak harta benda musnah akibat bencana gempa ini dan meragut hingga ratusan nyawa manusia yang menjadi mangsa. menurut berita harian kejadian gempa susulan turut berlaku sehingga mencatatkan 100 gegaran susulan berlaku. Ya Allah!

Saya sendiri juga pernah mengalami situasi gempa bumi yang mana berlaku di negeri Sabah pada tahun 2015 yang lepas. Perasaan takut, panik dan terkejut melanda diri saya ketika itu dan hanya mampu berdoa kepada Allah agar dilindungi. Dan bersyukur masih dilindungi Allah.

Walaupun negara Malaysia kita ini tidak terletak pada lingkaran api pasifik iaitu kawasan zon aktif dengan gempa, kita seharuslah setiasa berwaspada kerana kejadian alam seperti ini adalah misteri untuk kita rungkaikan. Apa-apa pun keselamatan diri harus diutamakan!

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat mangsa-mangsa gempa bumi dan Tsunami di Sulawesi, Indonesia. Semoga penduduk Sulawesi, Indonesia bersabar atas dugaan ini.

 Al-Fatihah

Image may contain: text

0 Response to "Gempa Bumi Dan Tsunami Di Sulawesi, Indonesia "

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel