Pilih Blogger Atau Wordpress Untuk Berblog

Jika anda ingin memulakan aktiviti blogging ini perkara yang perlu anda tahu ialah pemilihan platform untuk berblog. ketika ini, Terdapat dua platform blog yang popular digunakan oleh para blogger iaitu Blogspot dan juga Wordpress. Mari kita sama-sama ketahui tentang kedua-dua platform ini sebelum memilih antara salah satunya.

Blogspot merupankan kemudahan platform yang diberikan oleh pihak Google secara percuma dan merupakan pilihan yang tepat untuk anda memulakan aktiviti blogging in kerana ianya tidak memerlukan sesen pun ( kecuali internet. hihi ) untuk anda keluarkan untuk menampung bayaran kos Hosting blog anda. Kebiasaanya blogger ini digunakan sebagai catatan peribadi yang boleh dilihat oleh pengguna internet yang lain.

blogger atau wordpress



Manakala, Wordpress pula merupakan Blog sumber terbuka ( Open Source ) yang popular dan dibangunkan dengan beberapa jenis kod pemograman seperti kod PHP, dan Kod DataBase. Wordpress pula mampu di ubah suai tampilanya mengikut keperluan dan keinginan penggunanya sendiri.

Jika anda merupakan seseorang yang ingin memulakan aktiviti blogging ini mesti akan rasa bingung untuk memilih platform yang mana.  Kerana kedua-dua platform diatas tidak kurang hebatnya. Jadi untuk menentukan keputusan pemilihan antara kedua-dua platform diatas sebaiknya kita kena fikirkan dulu masak-masak.

Sebelum anda membuat keputusan mari kita bincangkan antara kedua-dua platform ini,.


blogger atau wordpress


Kelebihan Yang Ada Pada Blogspot.

  • Pendaftaran akaun yang mudah dan cepat hanya pergi ke laman blogger.com
  • Dikelolai oleh pihak Google
  • Dashboard akaun yang mudah difahami oleh blogger newbie macam saya. hihi
  • Mempunyai Template yang banyak untuk didapati.
  • Kod HTML Template boleh diubah suai mengikut kehendak anda.
  • Mudah dirayapi oleh pihak google bagi menampilkan artikel anda di carian google.
  • Boleh memiliki banyak blog dalam satu akaun

Kelebihan Yang Ada Pada Wordpress.

  • Pendaftaran akaun juga mudah dan cepat.
  • Paparan terlihat lebih professional
  • Juga Mempunyai paparan Dashboard yang mudah difahami
  • Mudah diubah suai.
  • Mempunyai banyak Plugin dan Themse.
  • Publish content dengan lebih instant
  • Boleh memasang web Hosting
  • Boleh dugunakan secara offline.

Kedua-dua platform ini bersaing antara salah satu dalam memberikan pengalaman yang baik dalam dunia blogging. Untuk mengetahui pilihan mana yang lebih tepat dalam pemilihan platform manakah yang patut anda pilih mari kita sama-sama ketahui pulak tentang kekurangan blogspot dan wordpress.


Kekurangan Yang Ada Pada Blogspot

  • Masih terikat dengan peraturan yang diberikan oleh Google.
  • Kurang pilihan tools disediakan oleh blogger dalam menulis atau mengedit content.
  • Mempunyai risiko ban jika melanggar syarat-syarat yang ditetapkan olhe pihak google.
  • Statistik blog tidak selengkap wordpress

Pilih blogger atau wordpress


Kekurangan Yang Ada Pada Wordpress

  • Mempunyai dua pilihan Self Host atau Host wordpress sendiri.
  • Jika anda menggunakan self Host berpotensi menjadi mangsa penggodam.
  • Sering mengalami masalah server.
  • Untuk melakukan pengubahsuain perlu upgrade ke versi berbayar.

Sebelum memutuskan anda haruslah memikir dahulu tentang kelebihan dan kekurangan yang anda cenderung untuk memilih. Saya sendiri memilih blogger sebagai pilihan platform dalam aktiviti berblogging. Terpulang pada anda untuk memilih. Saya cuma sekadar memberikan perkongsian dan diharapkan dapat memberikan manfaat kepada anda.

0 Response to "Pilih Blogger Atau Wordpress Untuk Berblog"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel